Search

Negara Komunis Anti Tuhan Yang Bertuhan

  • Share this:

Negara Komunis Anti Tuhan Yang Bertuhan

China mendokong ideologi Komunis. Komunisme berteraskan nilai materialisme dan banyak bercanggah dengan norma keagamaan. Kebanyakkan negara Komunis seperti China dan Korea Utara mereka akan menindas kelompok beragama tidak kira ia Kristian, Buddha, atau Islam. Semua bentuk perkembangan agama akan disekat. Dari kes penindasan terhadap umat Islam Uighur, pengharaman Krismas, sekatan ke atas agama Kristian, Falun Dafa dan agama-agama lain adalah perkara rutin yang berlaku di China.

Hasil itu lahirlah masyarakat yang tidak beragama. Akan tetapi nilai fitrah kebertuhanan di dalam diri setiap manusia yang Allah tanamkan itu bukan sesuatu yang mudah untuk dipadamkan. Walaupun kerajaan China telah menghalang masyarakatnya berTuhan, disebaliknya secara tidak langsung mereka juga membenarkan masyarakat Cina bertuhan iaitu bertuhankan Mao Zedong (presiden pertama China).

Negara Komunis Korea Utara pun mengalami nasib yang sama. Dihalang masyarakatnya beragama tetapi disebalik itu dijaja dengan kisah pendewaan Kim Il Sung, Kim Jong Il dan Kim Jong Un sehingga diagung-agungkan oleh rakyatnya.

Beginilah cara Komunis mengisi nilai keberTuhanan yang ada di dalam diri masyarakatnya.

Admin R&D Team Multiracial Reverted Muslims


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts